Friday, August 28, 2015

Ambil gula dengan jumlah yang tepat.



Ambil gula dengan jumlah yang tepat.

Berapakan jumlah gula yang selamat untuk dimakan?

Wanita hanya memerlukan tidak lebih daripada enam sudu teh sehari (25 gram), dan lelaki pula memerlukan tidak lebih daripada sembilan sudu teh sehari (37 gram). Ini bersamaan dengan kira-kira 100 kalori untuk wanita dan 150 untuk lelaki.

Malangnya sebahagian besar dari kita sebenarnya makan lebih daripada dua kali ganda gula yang diperlukan badan dalam dalam sehari iaitu kira-kira 22 sudu teh. Bersamaan 260 cawan gula setiap tahun.

Lebih buruk lagi, semua gula yang berlebihan menyumbang kepada 500 kalori setiap hari. Beratus-ratus kalori ini langsung tiada manfaat pada kesihatan kita dan tidak membantu untuk melawan kanser.

Gula bukan hanya gula pasir atau gula putih, tetapi juga gula yang terdapat dalam nasi, mee, pasta, kuih muih, roti, kuah rojak dan lain-lain. Makanan dalam tin dan makanan yang diproses juga adalah penyumbang terbesar dalam makanan bergula yang terbukti sangat bahaya jika ambil berlebihan.

No comments:

Post a Comment